Antivirus Remover  

Dicatat oleh Milamin

kavremover

Sesetengah syarikat pengeluar antivirus menyediakan utiliti khas untuk membuang perisian antivirus mereka. Saya pun hairan, mengapa harus buat utiliti yang khas untuk tujuan ini, fungsi uninstall yang sedia ada tak cukup bagus ke?

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah dalam membuang satu-satu antivirus, anda boleh gunakan utiliti yang telah disediakan ini. Berikut adalah tiga antivirus yang menyediakannya:

  1. AVG Remover: Khas untuk membuang antivirus keluaran AVG.
  2. KAV Remover (via Megaleecher): Khas untuk membuang antivirus keluaran Kaspersky.
  3. Norton Removal Tool: Khas untuk membuang antivirus keluaran Norton.

[via gHacks: AVG Remover]



PC Inspector File Recovery  

Dicatat oleh Milamin

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

Muat-turun: PC Inspector File Recovery



GeeKz Virus Remover  

Dicatat oleh Milamin

GeeKz Virus Remover

Kadangkala, antivirus yang terkenal seperti Avira dan Kaspersky tidak dapat mengesan sebilangan jenis virus yang tedapat dalam komputer kita, terutamanya virus tempatan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan antivirus yang juga merupakan buatan tempatan.

Di Malaysia sendiri, antivirus tempatan yang terkenal adalah GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Di samping berfungsi untuk membuang virus, ia juga boleh memperbaiki registry yang telah dirosakkan oleh virus.

Bagi antivirus dari negara jiran pula, Raymond ada menulis tentang 12 Perisian Antivirus dari Indonesia yang berkesan dalam membuang virus-virus yang juga berasal dari Indonesia, seperti Brontok dan JambanMu. Antara antivirus yang diperkenalkan adalah PCMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv, dan banyak lagi.

Meskipun antivirus-antivirus yang disebutkan di atas masih belum mampu menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, namun anda boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada.

Kebanyakan dari antivirus tempatan ini adalah bersifat mudah alih, jadi anda boleh masukkannya ke dalam USB drive untuk digunakan pada komputer-komputer yang lain.




Avira AntiVir 9 Dengan Anti-Spyware  

Dicatat oleh Milamin

avira9

Perisian antivirus percuma terbaik, Avira Antivir 9 kini telah dilengkapi dengan fungsi anti-spyware. ini bermakna, bukan sahaja anda boleh mendapatkan perlindungan dari virus dan spyware daripada satu perisian, malah ianya adalah percuma.

Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Fungsi yang kecil, namun sememangnya ia sangat memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu lagi menunggu di hadapan skrin untuk menekan butang delete pada setiap virus yang muncul. Lagipun, fungsi sebegini telah lama diaplikasikan oleh antivirus popular yang lain seperti AVG dan Kaspersky.

Muat turun: Avira AntiVir 9. [via DownloadSquad, CNet]


Macrium Reflect  

Dicatat oleh Milamin

macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

PortableApps.com  

Dicatat oleh Milamin

portable-apps-01

PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.

Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).

portable-apps-02

Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dari USB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.

Install Windows XP, Vista, 7 Dengan Pen Drive Menggunakan WinToFlash  

Dicatat oleh Milamin

WinToFlash

Ada kalanya anda perlu format komputer dan install Windows dengan menggunakan pen drive, terutamanya apabila CD/DVD-ROM rosak. Namun proses untuk membuat bootable pen drive yang berisi Windows ini biasanya adalah panjang dan leceh.

Dengan WinToFlash, proses ini dimudahkan untuk anda. Masukkan CD/DVD Windows berserta dengan pen drive anda, dan WinToFlash akan menguruskan kesemuanya.

Anda juga boleh memilih untuk melakukan silent install, supaya proses install akan dilakukan secara automatik (tak perlu klik Next, masukkan nombor siri, dan sebagainya). Program ini boleh digunakan untuk membuat bootable pen drive untuk Windows XP, Server 2003, Server 2008, Vista, dan 7. Malah, Windows PE (yang digunakan untuk membaiki komputer) juga boleh dimasukkan.

DownloadWinToFlash (via DownloadSquad).