PC Inspector File Recovery  

Dicatat oleh Milamin



PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya.




Download: PC Inspector File Recovery

Ubuntu Ultimate Edition  

Dicatat oleh Milamin

Satu lagi perkara menarik untuk dikongsi..

Anda sudah mula berjinak dengan OS ubuntu?

Adakah anda sedar mengenai kemunculan Ubuntu Ultimate Edition??

OS Ubuntu yang dikepilkan sekali dengan pakej perisian lengkap & superb!!

Rugi jika anda mengabaikannya..

Ayuh poligamikan OS Windows anda..

Dapatkan ia di sini..


Release Name: Ultimate Edition 2.3
Architecture: x86 (32bit)
Code base: Ultimate Edition 2.2 (Jaunty)
File size: 2.1 GB (2,268,733,440 bytes)

wassalam..



LunaScape5: Pelayar Web Baru  

Dicatat oleh Milamin

Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka.

Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit

  • IE menggunakan Trident
  • Firefox menggunakan Gecko
  • Chrome dan Safari menggunakan Webkit

Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah.

Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah.

Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web.

Tak guna cerita saja, apa kata cuba dahulu. Muat turun di halaman Lunascape5



KMPlayer  

Dicatat oleh Milamin

Hmmm.. pernah alami sebarang masalah untuk memainkan sebarang fail video berformat mp4?

Bosan mencari 'player' yang sesuai??..

Mungkin..di sini ada penyelesaiannya..



KMPlayer.. pemain video & audio dari Korea ini mahir melaksanakan tugas tersebut..
dapatkan ia d sini..


Wassalam..



FastStone  

Dicatat oleh Milamin


Macam-macam perkara yang boleh dibuat oleh software ni seperti - image viewing, management, comparison, red-eye removal, resizing, cropping, slide show dan banyak lagi.

Fungsi yang paling saya suka dan selalu pakai pada FastStone ni ialah untuk masukkan copyright text dan resize gambar dengan banyak sekaligus. Prosesnya mudah dan cepat.

Anda boleh cuba sendiri software ini untuk menilai keberkesanannya. Download secara percuma di - http://www.faststone.org/

K-Lite Codec Pack  

Dicatat oleh Milamin

K-lite codec pack is a collection of codecs and related tools.. Codecs are required to encode and/or decode (play) audio and video.. The k-lite codec pack is designed as a user-friendly solution for playing all your movie files..
The most important is, with the k-lite codec pack you should be able to play 99% of all the movies that you download from the internet.. cool right??

grab it here ..

U S B Safely Remove  

Dicatat oleh Milamin

Anda pernah menghadapi situasi arahan sebegini ;

"the device cannot be stopped right now" or "flash in used"

Apa reaksi anda?

98% pengguna akan mengabaikan arahan tersebut..

dan ini berkemungkinan akan mengakibatkan kerosakan data yang tersimpan..

bakinya pula akan menggunakan perisian 'cool' ini..



'usb safely removal'..

lebih mudah, selamat & praktikal..

mungkinkah anda di kalangan 2% tersebut?


Antivirus Remover  

Dicatat oleh Milamin

kavremover

Sesetengah syarikat pengeluar antivirus menyediakan utiliti khas untuk membuang perisian antivirus mereka. Saya pun hairan, mengapa harus buat utiliti yang khas untuk tujuan ini, fungsi uninstall yang sedia ada tak cukup bagus ke?

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah dalam membuang satu-satu antivirus, anda boleh gunakan utiliti yang telah disediakan ini. Berikut adalah tiga antivirus yang menyediakannya:

  1. AVG Remover: Khas untuk membuang antivirus keluaran AVG.
  2. KAV Remover (via Megaleecher): Khas untuk membuang antivirus keluaran Kaspersky.
  3. Norton Removal Tool: Khas untuk membuang antivirus keluaran Norton.

[via gHacks: AVG Remover]



PC Inspector File Recovery  

Dicatat oleh Milamin

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

Muat-turun: PC Inspector File Recovery



GeeKz Virus Remover  

Dicatat oleh Milamin

GeeKz Virus Remover

Kadangkala, antivirus yang terkenal seperti Avira dan Kaspersky tidak dapat mengesan sebilangan jenis virus yang tedapat dalam komputer kita, terutamanya virus tempatan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan antivirus yang juga merupakan buatan tempatan.

Di Malaysia sendiri, antivirus tempatan yang terkenal adalah GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Di samping berfungsi untuk membuang virus, ia juga boleh memperbaiki registry yang telah dirosakkan oleh virus.

Bagi antivirus dari negara jiran pula, Raymond ada menulis tentang 12 Perisian Antivirus dari Indonesia yang berkesan dalam membuang virus-virus yang juga berasal dari Indonesia, seperti Brontok dan JambanMu. Antara antivirus yang diperkenalkan adalah PCMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv, dan banyak lagi.

Meskipun antivirus-antivirus yang disebutkan di atas masih belum mampu menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, namun anda boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada.

Kebanyakan dari antivirus tempatan ini adalah bersifat mudah alih, jadi anda boleh masukkannya ke dalam USB drive untuk digunakan pada komputer-komputer yang lain.




Avira AntiVir 9 Dengan Anti-Spyware  

Dicatat oleh Milamin

avira9

Perisian antivirus percuma terbaik, Avira Antivir 9 kini telah dilengkapi dengan fungsi anti-spyware. ini bermakna, bukan sahaja anda boleh mendapatkan perlindungan dari virus dan spyware daripada satu perisian, malah ianya adalah percuma.

Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Fungsi yang kecil, namun sememangnya ia sangat memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu lagi menunggu di hadapan skrin untuk menekan butang delete pada setiap virus yang muncul. Lagipun, fungsi sebegini telah lama diaplikasikan oleh antivirus popular yang lain seperti AVG dan Kaspersky.

Muat turun: Avira AntiVir 9. [via DownloadSquad, CNet]


Macrium Reflect  

Dicatat oleh Milamin

macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

PortableApps.com  

Dicatat oleh Milamin

portable-apps-01

PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.

Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).

portable-apps-02

Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dari USB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.

Install Windows XP, Vista, 7 Dengan Pen Drive Menggunakan WinToFlash  

Dicatat oleh Milamin

WinToFlash

Ada kalanya anda perlu format komputer dan install Windows dengan menggunakan pen drive, terutamanya apabila CD/DVD-ROM rosak. Namun proses untuk membuat bootable pen drive yang berisi Windows ini biasanya adalah panjang dan leceh.

Dengan WinToFlash, proses ini dimudahkan untuk anda. Masukkan CD/DVD Windows berserta dengan pen drive anda, dan WinToFlash akan menguruskan kesemuanya.

Anda juga boleh memilih untuk melakukan silent install, supaya proses install akan dilakukan secara automatik (tak perlu klik Next, masukkan nombor siri, dan sebagainya). Program ini boleh digunakan untuk membuat bootable pen drive untuk Windows XP, Server 2003, Server 2008, Vista, dan 7. Malah, Windows PE (yang digunakan untuk membaiki komputer) juga boleh dimasukkan.

DownloadWinToFlash (via DownloadSquad).


Recuva  

Dicatat oleh Milamin

Pernahkan suatu masa anda ter"delete" fail penting anda?? Tentu anda berasa sedih dan marah apabila fail yang anda sayangi di"delete" samada dengan sengaja ataupun tidak.
Usah risau terdapat cara dan perisian untuk anda mengembalikan data/fail anda tersebut.
Salah satu caranya anda boleh menggunakan perisian Recuva .



Download

Yahoo! Widget Engine  

Dicatat oleh Milamin

Terdapat pelbagai perisian samada percuma mahupun berbayar yang nada boleh cari untuk menjadikan desktop anda kelihatan cantik.
Tentu anda pernah mencuba perisian seperti rocketdock dan sebagainya...setiap perisian ini tentu memberi anda kecantikan masing2...Pernahkan anda mencuba Yahoo! Widget Engine? seperti perisian yang lain,perisian ini juga memberikan kelainan pada desktop anda...dan menjadikan desktop anda lebih menarik...
Anda boleh mmenambar widget2 yang menarik contoh kalendar,gambar,suhu untuk komputer anda,jam dan banyak lagi.Untuk mendapatkan perisian ini anda ke http://widgets.yahoo.com/download/ kemudian cari dan klik pada butang download di Yahoo! Widgets.

Kemudian install perisian percuma ini.sehingga selesai..


Download

7 Zip  

Dicatat oleh Milamin






  • High compression ratio in new 7z format with LZMA compression
  • Supported formats:
    • Packing / unpacking: 7z, ZIP, GZIP, BZIP2 and TAR
    • Unpacking only: ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR and Z.
  • For ZIP and GZIP formats, 7-Zip provides a compression ratio that is 2-10 % better than the ratio provided by PKZip and WinZip
  • Strong AES-256 encryption in 7z and ZIP formats
  • Self-extracting capability for 7z format
  • Integration with Windows Shell
  • Powerful File Manager
  • Powerful command line version
  • Plugin for FAR Manager
  • Localizations for 74 languages


Download

Koleksi Fonts  

Dicatat oleh Milamin

Koleksi pelbagai jenis fonts untuk dikongsi bersama



Download

Freez DVD Ripper  

Dicatat oleh Milamin

Freez DVD Ripper is a DVD ripping tool to rip your favorite DVD movies to popular DivX/Xvid AVI files, H.264 MP4 files, and even iPod MP4 video files with fast DVD ripping speed and excellent quality.

With Freez DVD Ripper, you can choose which titles and chapters, audio tracks, and subtitle tracks of the DVD you want to rip. You can also choose the output video format from AVI (DivX MPEG4), AVI (Xvid), MP4 (H264) or iPod MP4 Video. You can also set the video size, bitrate and framerate, audio channel, bitrate and frequency.

Freez DVD Ripper has a user-friendly interface and you can rip DVD with only a few clicks. Enjoy it!



Download

Google Earth  

Dicatat oleh Milamin











The idea is simple. It’s a globe that sits inside your PC. You point and zoom to anyplace on the planet that you want to explore. Satellite images and local facts zoom into view. Tap into Google search to show local points of interest and facts. Zoom to a specific address to check out an apartment or hotel. View driving directions and even fly along your route.

Google Earth is free for personal use. No registration is required.


Download

Ultra Surf  

Dicatat oleh Milamin

Software ni memang senang, korang try le... bagus untuk pengguna yang selalu kena block dengan websense...

1.Download software ni..
2.Korang on kan saja, dah siap...tapi kena guna IE
3.Kalau korang nak pakai Mozilla, korang kena download software add on Mozilla yang ni pulak...
4.Nanti korang tekan kat software tu dan korang tarik ke Mozilla Firefox yang korang tengah guna sekarang ni... Dah siap ...
5.Kalau nak enabled, korang on kan dulu usurf, baru tekan "WJ DISABLED" kat sebelah bawah kanan Mozilla Firefox... kalu tak nak guna, korang disabled je..

Selamat mencuba.

Lagu-lagu Perbarisan  

Dicatat oleh Milamin

Seringkali bila tiba hari sukan di sekolah-sekolah, ramai cikgu-cikgu datang minta lagu-lagu untuk perbarisan. Sekarang pihak kami dah masukkan lagu-lagu tersebut di blog ini. Cikgu-cikgu boleh download yang mana cikgu suka..

Mozilla Firefox  

Dicatat oleh Milamin















Download

Free Download Manager  

Dicatat oleh Milamin


Increase your download speed and resume broken downloads
FDM accelerates downloads by splitting files into sections and then downloading them simultaneously. As a result download speed increases up to 600%, or even more! FDM can also resume broken downloads so you needn`t start downloading from the beginning after casual interruption.






Download


BUKU SUMBER PENDIDIKAN MUZIK KBSR  

Dicatat oleh Milamin

  • Muka Depan dan Kata Pengantar 1
  • Nyanyian 1|2|3|4|5|6
  • Perkusi 1|2|3
  • Pengenalan Rekoder 1|2
  • Rekoder Tahun 4 1|2|3
  • Rekoder Tahun 5 1|2|3|4|5
  • Rekoder Tahun 6 1|2|3|4|5|6
  • Bahasa Muzik 1|2