KeePass  

Dicatat oleh Milamin


Password manager adalah sejenis software yang berfungsi untuk menyimpan username dan password bagi akaun-akaun Internet anda. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, anda dinasihatkan supaya menggunakan password yang berlainan pada setiap akaun bagi tujuan sekuriti.

KeePass adalah sebuah password manager yang popular kerana ia boleh digunakan pada Windows, Linux, dan OS X. Seperti password manager yang lain, KeePass mempunyai fungsi untuk menyimpan username dan password, mencadangkan password, membuka URL, dan banyak lagi.

KeePass

Install KeePass dan pilih "New Database…" untuk membuat satu database yang baru bagi kesemua akaun-akaun anda. Kemudian, masukkan username serta password satu-persatu dengan memilih "Add New Entry…". Pastikan anda save database setelah memasukkan maklumat-maklumat tersebut.

Sekiranya anda selalu menggunakan Internet pada komputer atau OS yang berlainan, saya cadangkan supaya anda install Dropbox dan simpan database tersebut di dalam folder Dropbox. Dengan ini, sebarang perubahan pada database akan sentiasa synchronize (diselaraskan) pada semua komputer atau OS yang anda gunakan.

DownloadKeePass untuk Windows, dan KeePassX untk Linux dan OS X.




BatteryBar  

Dicatat oleh Milamin

battery-bar

Laptop yang masih menggunakan Windows XP mempunyai ikon yang menunjukkan berapa banyak caj bateri yang tinggal. Tapi ikon ini hanya akan bertukar bila caj bateri dah tinggal separtuh, sedar-sedar je laptop dah kehabisan bateri dan terus terpadam.

BatteryBar boleh dijadikan pengganti kepada ikon tersebut kerana ia memaparkan maklumat yang lebih terperinci. Anda boleh melihat peratus caj bateri yang tinggal mahupun tempoh berapa lama lagi bateri akan bertahan.

Dengan adanya BatterBar ini, bolehlah anda bersiap-sedia terlebih dahulu sebelum bateri tiba-tiba padam, agar tidak kehilangan dokumen-dokumen penting yang sedang anda kerjakan.

Download BatteryBar di sini.